top of page

NAKASAWIT DI SAWIT KINABALU

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Apr 23
  • 1 min read

(© Dato’ Dr. Haji Janathan Kandok)


Alhamdullilah, akhirnya “nakasawit “ di Sawit Kinabalu, atas belas kasihan pihak berkuasa negeri.


Dan berbakti lagi saya kepada negara sesudah bersara dari Kastam Diraja Malaysia, majikan saya selama  melebihi empat dekad. Dan hari ini—22 April 2025—pertama kalinya hadir majlis Sawit Kinabalu, majlis raya terbuka di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.


Duduk di meja No. 2, kira-kira 7 meter daripada meja VVIP—meja DSP Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah—saya dapat melihat penyanyi terkenal Malaysia, keturunan Sabah, Stacy. Nampak begitu terhibur dengan lagu popular hari raya diiringi live band serba hitam. Hebat musiknya, membius penonton, tidak sedar ramai mengetuk-ngetuk meja, teruja dengan bauran musik dan lagu klasik raya. 


Stacy
Stacy

Sesudah hilang sekejap ke belakang pentas, Stacy penyanyi kebanggaan Sabah, muncul semula. Kali ini sekejab sahaja di pentas sebelum turun bersalaman penonton dari meja ke meja sambil dibubut-bubut wartawan dan jurufoto. Masa itu, aura Stacy seakan menenggelamkan aura Sawit Kinabalu—pembekal utama hasil negara Sabah. 


 Awal tadi, Yvonne Lim So Fung, Comptroller Finance Sawit Kinabalu menyambut saya di lobby. Terasa sangat peramah, bukan seperti Comptroller lain yang serious, risau duit company hilang.


Yvonne (kiri) dan Janathan (kanan)
Yvonne (kiri) dan Janathan (kanan)

Dia perkenalkan saya kepada ahli-ahli Lembaga Sawit Kinabalu yang sebahagiannya saya kenal—Datuk Maming Staming dan Datuk Evaristus Gungkit—sebelum kami mengatur diri menunggu ketibaan Ketua Menteri di hadapan Grand Ball room.


Khabarnya YAB CM sudah dari majlis ke majlis sebelum ke raya terbuka Sawit Kinabalu. Biasalah begitu, peranan VVIP serikan majlis demi majlis sepanjang Syawal, bahkan melarat ke Zulkaedah. Pernah juga saya dari majlis ke majlis, perut sengsara membawa juadah raya sehingga terfikir sebaiknya perlu segera hadir bengkel kemahiran makan.


Hajiji (kiri) dan Janathan (kanan)
Hajiji (kiri) dan Janathan (kanan)

Comentarios


bottom of page