top of page

KERINDUAN TERHADAP AYAH DAN IBULAH SEGALANYA

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Sep 25
  • 5 min read

KERINDUAN terhadap ayah dapat menjadi sumber inspirasi dengan mengubah kesedihan menjadi motivasi untuk meraih kejayaan dan mencapai potensi diri.  


Rasa rindu dapat menjadi pendorong kuat untuk mencapai tujuan dan impian, terutama jika itu adalah hal yang diinginkan ayah. 


Proses mengatasi rasa rindu dan mengenang ayah dapat membentuk karakter yang lebih kuat dan sabar. 


Rasa rindu juga dapat mengingatkan seseorang untuk mensyukuri kehadiran ayah melalui kenangan. Justeru, kerinduan terhadap ayah, meskipun menyakitkan, dapat menjadi sumber kekuatan dan motivasi untuk menjalani hidup dengan lebih baik dan bermakna.


Membesar tanpa ayah adalah kekesalan terbesar Hajiji. Meninggal ketika Hajiji berusia sekitar 11 tahun menjadikannya tidak banyak menyimpan memori, kecuali ingatan yang jelas tentang wajahnya dan ingatan yang samar-samar tentang pengkebumiannya—jenazahnya,  doa dan pergerakan orang ketika persediaan pengkebumian. 


Buat beberapa tahun Hajiji  kekal mengimpikan bertemu dan ingin bersama ayahnya. Ini menjadikan Hajiji rasa sedih dan berasa kesunyian terutama sebaik terjaga dari tidur kerana pada ketika itu perasaan rindu dan sayang terhadap ayahnya lebih terasa. 


Walaupun tidak lama bersamanya namun sayangnya kepada ayahnya amat mendalam. Apabila memasuki zaman kanak-kanak dan memerhatikan saudara mara dan rakan-rakannya yang mempunyai ayah, Hajiji selalu tertanya-tanya apakah bentuk hubungan kasih sayang dengan ayahnya jika dia masih hidup. 


Hajiji cuba mengingati  suaranya, apakah bentuk nasihat yang diberikan. Dan kekesalan terbesar Hajiji ialah tidak mampu berkongsi kegembiraan dan hasil kejayaan kepada ayahnya. 


Kematian seorang bapa boleh menjadi sumber motivasi untuk menghargai kehidupan.  Dalam konteks Hajiji, kepergian bapanya buat selama-lamanya menjadi peristiwa yang sangat menyedihkan, tetapi telah menjadi titik tolak kepada pertumbuhan peribadi yang positif. Ini dapat dibuktikan melalui pengakuannya bahawa sebahgian besar masa kecilnya adalah bahagia. 


Dia pergi ke sekolah, membaca Al-Quran, dan belajar di malam hari, serta bermain-main  dengan kanak-kanak lain di kampung. 


Hajiji juga   menghibur diri dengan permainan teng-teng, lompat tali, tembak gelang getah dan bermain gasing. Dengan kata lain, Hajiji berjaya mengharungi hidup tanpa ayah dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak biasa.


Tindakan Hajiji yang dikeranakan kerinduan terhadap ayah adalah terlalu peribadi dan tidak dizahirkan namun bagi anak yang membesar tanpa ayah, kerinduan Hajiji terhadap ayah boleh mempengaruhi tindakannya terutama keputusan yang besar sebab ada satu bayang yang tidak pernah jauh darinya—bayang ayahnya yang telah lama pergi, namun tetap hidup dalam ingatan. 


Dalam menghadapi krisis politik, Hajiji tidak gentar. Ada yang menganggap itu sebagai strategi politik, tetapi sebenarnya, itu adalah janji diam kepada ayahnya bahawa dia tidak akan tunduk kepada tekanan yang menggadaikan prinsip. Sesungguhnya, kerinduan Hajiji terhadap ayahnya bukan sekadar emosi tetapi menjadi kompas moral.


Tidak mustahil setiap kali Hajiji membuat keputusan besar, Hajiji tertanya-tanya dalam hati, apakah ayahnya bersetuju dengan keputusan itu.


Ibu adalah sumber inspirasi yang tidak ternilai, menjadi teladan dalam kekuatan, kasih sayang, dan pengorbanan, memberikan dorongan dan motivasi dalam setiap langkah kehidupan. 


Kasih sayang ibu yang tulus dan tanpa syarat menjadi dasar kekuatan bagi anak-anaknya. Pengorbanan ibu, baik besar maupun kecil, adalah contoh nyata tentang bagaimana seharusnya memberikan yang terbaik untuk keluarga.


Ibunya adalah tunjang kekuatan Hajiji. Semasa membesar, Hajiji sangat rapat dengan ibunya. Hajiji  mengakui bahawa kebijaksanaan dan ketabahannya hari ini adalah terbentuk sebahagian besar daripada ibunya. 


Memilih untuk tidak berkahwin lagi selepas pemergian suaminya yang tercinta,  ibu Hajiji, mengajar nilai belas kasihan, integriti, dan ketabahan. Tegasnya, dia adalah tulang belakang keluarga Hajiji, berperanan sebagai ibu  dan bapa dalam memimpin keluarganya. 


Dia melakukan tanggungjawab  dengan daya tahan yang luar biasa, tidak pernah menampakkan kekesalan atau kesedihan, sebaliknya kekal menunjukkan watak kekuatan dan keceriaan di hadapan anak-anak.  


Menerima nasibnya  sebagai ibu tunggal yang penuh cabaran, dia fokus kepada tanggungjawab  menyara keluarganya, membesarkan anak-anak  dengan disiplin yang ketat, sentiasa bimbang anak-anak akan melakukannya kesalahan.


Sungguhpun begitu miskin, ibunya tidak mengabaikan hal pendidikan. Anaknya.  Tahun 1971, Hajiji amat memerlukan RM15.00 untuk membayar yuran menduduki LCE. Terutama bagi yang kurang berada, RM15.00 boleh dianggap besar. Ibu Hajiji tidak mempunyai wang sebanyak itu dan terpaksalah mengetuk pintu saudara untuk meminjam. 


Seorang Ibu adalah pemimpin yang menginspirasi anaknya.  Dalam konteks Hajiji  kehilangan ayah di usia yang sangat muda amatlah menyedihkan. Bagi Hajiji kehadiran ayah harus ada untuk membimbingnya dan sebagai sumber kasih sayang, selain ibunya. 


Pada pandangan umum, ayah berperanan sebagai pemimpin—pencari  nafkah, pendidik dan  pelindung.  Ini bererti tanpa ayah tiadalah pemimpin keluarga. 


Bagi Hajiji, melihat bagaimana ibunya mengatur keluarganya tanpa suami dengan sabar dan tabah, telah mengalihkan pandangannya kepada ibu sebagai seorang pemimpin—memikul tugas ketua keluarga merupakan hal yang menakjubkan, justeru  telah membentuk Hajiji sebagai pemimpin yang empati kepada mereka yang mengalami nasib yang sama seperti yang telah dilaluinya. 


Hal pembentukan kepimpinan Hajiji ini dapat kita kaitkan kebenarannya melalui dasar pendidikan kerajaan pimpinan Hajiji—Kerajaan  GRS—yang  ditetapkan  berdasarkan kepercayaan bahawa   ramai pelajar yang bergelut untuk membayar yuran peperiksaan sama seperti yang dialami Hajiji dalam tahun 1971 di mana ibunya terpaksa meminjam wang daripada saudara untuk membayar yuran menduduki LCE. 


Hajiji mengakui bahawa  pengorbanan ibunya melakukan apa sahaja untuk memastikannya  mendapat pendidikan akan dihargainya dan tidak melupakannya, telah menguatkan keyakinan saya bahawa dasar Pendidikan Kerajaan GRS yang membantu rakyat dalam mendapatkan pendidikan tinggi melalui pelbagai inisiatif adalah pengaruh kepimpinan ibunya yang telah menjadi sumber inspirasi dan motivasi Hajiji memberikan peruntukan yang banyak dalam pembangunan pendidikan di Sabah. 


Tegasnya, ketukan pintu rumah saudara oleh ibunya kerana mahu meminjam wang untuk membayar yuran menduduki LCE anaknya, Hajiji  telah menghasilkan inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar.


Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan sebanyak RM75.5 juta pada tahun 2025 untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa di dalam dan luar negeri. 


Dasar ini selaras dengan SMJ yang menjadikan pendidikan sebagai teras pembangunan modal insan negeri. 


BIL    INISIATIF    NAMA BANTUAN


1    BUDI            Bantuan Tunai Pendaftaran IPT One-Off                     


2    BAKTI       Bantuan Khas Tunai Peperiksaan                            


3    BAIK             Bantuan Ihsan Komputer                                     


4    BISTARI          Bantuan Insan Tabungan Pendidikan Negeri                 


5    BAGUS             Bantuan Aktiviti PIBG                                      


6    BISBAH           Bantuan Insan Sekolah Sabah


7    BALKIS            Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah                     


8    BANTU            Bantuan Khas Program Pendidikan


9    AKSA            Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah


10    SEMESTA     Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia                     


11    GRS-SUBFLY     Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah                 


12    SUKSES           Sumbangan Kegiatan Sekolah One-Off         


13    SENTOSA       Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri  


Selain daripada 13 inisiatif  di atas, Kerajaan GRS juga telah meningkatkan dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) secara signifikan, dari RM51 juta kepada RM128 juta pada tahun 2025. 


Peningkatan ini bertujuan untuk menyokong lebih ramai pelajar di Sabah, termasuk golongan B40, melalui pelbagai inisiatif Pendidikan. 


Jikalah My Journey sebuah album, inisiatif pendidikanlah lagu kegemaran saya.


Credit: Utusan Borneo

 
 
 

Comments


Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page