top of page

MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT: MAIJOL TAWAR TANAH KELUARGA SEBAGAI TAPAK DEWAN

  • 3 days ago
  • 1 min read

KOKOBUAN KOTA MARUDU | 1 JUN 2026



Antara keperluan Kg Kokobuan ialah Dewan komuniti. Berucap merasmikan Pesta Kaamatan Kg Kokobuan, ADUN Bandau, Datuk Maijol Mahap berkata dewan berkenaan perlu dibangunkan tetapi halangannya tiada tapak walaupun sudah tiga tahun usaha pencarian.


Memenuhi keperluan rakyat tersebut, Datuk Maijol Mahap yang juga pembantu menteri kerajaan tempatan dan perumahan mengumumkan bahawa tanah keluarganya di Kg Kokobuan ditawarkan sebagai tapak dewan komuniti.


“Kami sudah pakat-pakat dengan ahli keluarga untuk serahkan tanah sebesar tapak dewan komuniti,” kata Maijol


Terdahulu Maijol berkata Kg. Kokobuan tidak ketinggalan mengadakan pesta kaamatan. Maijol memuji usaha AJK pesta kaamatan tahun 2026 mengadakan pesta tersebut.


Menurut Maijol pesta menuai adalah sumber perpaduan kaum kerana semua kaum turut meraikan seperti juga perayaan hari raya dan lain-lain yang turut diraikan pelbagai bangsa dan agama di negara ini.


Turut hadir dalam majlis itu, Dato’ Dr. Janathan Kandok, Presiden PERKOM.


Laporan: The voter post



 
 
 

Comments


Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page