top of page

PESTA SUKAN TERTUTUP GAGASAN RAKYAT P168 KOTA MARUDU

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Oct 5, 2024
  • 1 min read

Kota Marudu 5 Oktober 2024: Pesta Sukan tertutup P168 Kota Marudu akan diadakan bulan Disember depan. Demikian diumumkan Datuk Maijol Mahap, Penyelaras pesta sukan tersebut. Maijol yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N6 Bandau berkata penyertaan adalah terbuka kepada ahli-ahli Gagasan Rakyat Bahagian Tandek, Bandau dan Matunggung sahaja. “Diharapkan melalui sukan, ahli-ahli Gagasan Rakyat ketiga-tiga bahagian dapat bersatupadu untuk kekuatan parti,” kata Maijol.


Ditanya apakah jenis sukan yang akan dipertandingan, Maijol yang juga Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat berkata tiga jenis sukan akan dipilih dalam pesta tersebut. Katanya, “Bola tampar, futsal dan bola sepak adalah sukan popular di Matunggung, Bandau dan Tandek. Kita pertandingkan tiga jenis sukan ini.” Idea pesta sukan tersebut adalah daripada Barlus Mangabis, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N5 Matunggung yang dipersetujui Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian gagasan Rakyat N7 Tandek dan Maijol.


Dari Kiri Barlus, Janathan dan Maijol
Dari Kiri Barlus, Janathan dan Maijol

ree


 
 
 

Comments


Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page