top of page

PERKASAKAN GRS: PGRS TANDEK TUBUH SEMBILAN LAGI CAWANGAN BARU

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Mar 23
  • 2 min read

Janathan Kandok (Tengah) menerima borang keahlian daripada Lowin disaksikan Timbalan Ketua Bahagian, Jeson Majimal dan Naib Ketua Bahagian, Singan Lingkubang serta Setiausaha Bahagian Datin Justina Tuyundo, Bendahari Bahagian, Debora Dogilan, Naib Ketua Beliawanis, Sakira Abd Gafar, AJK Bahagian, Desimond Maijar, Ketua Penerangan Beliawanis, Halija Haris dan Ketua Penerangan Pemuda dan Jude Maxwell Mungkit.

Marak Parak, Sabtu, 23 Mac 2025: GRS Bahagian Tandek menguatkan kedudukanya dengan menubuhkan sembilan lagi cawangan PGRS di N7 Tandek. Majlis penyerahan borang keahlian dilakukan di Dewan Komuniti Kg. Sorinsim hari ini.

Berucap dalam majlis tersebut, Ketua Bahagian PGRS Tandek, Dato' Dr. Janathan Kandok berkata penubuhan sembilan lagi cawangan PGRS akan menguatkan kedudukan GRS dalam menghadapi pilihan raya negeri ke 17 kelak.

Dr. Janathan juga berkata, N7 Tandek perlu dinaik taraf ke daerah kecil, diwujudkan sebuah Pelabuhan, pengiktirafan perkampungan yang diperlukan penduduk, kelulusan permohonan tanah yang dilakukan penduduk serta menjadikan N7 Tandek pengeluar hasil pertanian utama di Utara Sabah.

"Kemenangan GRS dalam PRN17 nanti ditentukan kerja berpasukan. Penduduk-penduduk Marak Parak pilih PGRS dan ini menunjukkan Kerja sama dan semangat berpasukan yang baik untuk pastikan GRS menang nanti," kata Janathan.

Terdahulu, Lowin Banati, penyelaras majlis tersebut berkata perkongsian kuasa dalam GRS hendaklah adil.

"Penduduk kampung Sorinsim yang layak wajar diberi keutamaan dilantik ke jawatan lantikan politik. Perlantikan dari luar Sorinsim tidak semestinya berlaku," katanya.

Menurutnya, ramai orang Sorinsim berpendidikan tinggi yang sesuai dijadikan pilihan lantikan politik tanpa melantik orang luar.

Lowin juga mengharapkan supaya Dr. Janathan diberikan peluang sebagai calon GRS N7 Tandek dalam pilihanraya akan datang.

“Beri peluang kepada Dato’ Dr. Janathan. Dia semua lengkapa, tinggal tambah YB saja,” kata Lowin merujuk kepada kelayakan Janathan sebagai calon.

Sembilan Ketua cawangan baru PGRS, Lowin Banati (Sorinsim), Baerius Sagi (Pangapuyan Baru), Buhod Gadur (Kias), Jenny Elda (Marak-Parak), Majiun Kunag (Bambangan), Nainie Dummi (Laguhang), Piah Surugau (Paka), John Bulangkis (Tungab) dan Aleysius Takupon (Luyu)

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Ketua Bahagian, Jeson Majimal, Naib Ketua Bahagian, Singan Lingkubang, Setiausaha Bahagian Datin Justina Tuyundo, Bendahari Bahagian, Debora Dogilan, Naib Ketua Beliawanis, Sakira Abd Gafar, AJK Bahagian, Desimond Maijar, Ketua Penerangan Beliawanis, Halija Haris dan Ketua Penerangan Pemuda dan Jude Maxwell Mungkit serta penduduk-penduduk kampung Sorinsim.

Janathan Kandok (duduk tengah) bergambar rami dengan Timbalan Ketua Bahagian, Jeson Majimal dan Naib Ketua Bahagian, Singan Lingkubang serta Setiausaha Bahagian Datin Justina Tuyundo, Bendahari Bahagian, Debora Dogilan, Naib Ketua Beliawanis, Sakira Abd Gafar, AJK Bahagian, Desimond Maijar, Ketua Penerangan Beliawanis, Halija Haris, Ketua Penerangan Pemuda, Jude Maxwell Mungkit dan Ketua-Ketua Cawangan baru PGRS.

Comments

Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page