top of page

PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH PARTI NASIONALISTIK

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Nov 8, 2024
  • 1 min read

Kota Kinabalu, 8 November, 2024: Parti Gagasan Rakyat Sabah adalah sebuah parti nasionalistik Sabah. Dato’ Dr. Haji Janathan Kandok menyatakan demikian sempena Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut pada 10 November ini.


Menurut Janathan yang juga Ketua bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek, Gagasan Rakyat adalah sebuah parti nasionalistik dalam Politik Baharu Sabah, mengangkat tuntutan MA63 sebagai satu pilihan berwibawa, menonjolkan keupayaannya di hadapan rakyat sebagai pejuang aspirasi rakyat.


“Gagasan Rakyat ada ciri Politik Baharu. Berani angkat tuntutan rakyat yang dinafikan politik federalisme sebagai perjuangan. Ini berbeza dengan Politik Lama yang berjuang berasaskan kaum. Inilah sebab kita cakap Gagasan parti Nasionalistik Sabah,” kata Janathan.


Pada 5 Februari 2023, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor secara rasmi mengambil alih kepimpinan Gagasan Rakyat. Pada 2 Mac, 2023, Gagasan Rakyat dilancarkan di Sabah International Convention Center. Perhimpunan Agung Tahun ini merupakan perhimpunan kedua parti tersebut di bawah kepimpinan Hajiji.


ree

 
 
 

Comments


Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page