top of page

JANGAN TENGGALAM DALAM SISTEM, KATA JANATHAN

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Feb 24, 2024
  • 1 min read

Tandek, 24.2.24 Sabtu: Pemimpin-pemimpin Gagasan Rakyat dinasihatkan mengatur diri supaya selamat dalam sistem kuota politik tanah air.


Berucap dalam Majlis Suai kenal pemimpin di Pekan Tandek hari ini, Dato’ Janathan Kandok, Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Tandek berkata, pemimpin mudah tenggalam dalam amalan kuota politik sekiranya tidak bijak mengatur diri dalam sistem berkenaan.


Menurut Janathan, amalan memberi kuota politik boleh membawa keburukan kepada negara. “Jika pemimpin itu diberi kuasa hanya kerana kuota dan bukan berdasarkan kebijakan maka pemimpin yang lebih bijak akan terlepas peluang memimpin negara. Ini merugikan,” kata Janathan.Janathan menasihati pemimpin-pemimpin Gagasan Rakyat Bahagian Tandek supaya tidak menyerah kalah kepada sistem kuota sebaliknya bersaing secara berhemah untuk merebut peluang memimpin demi kebaikan rakyat.


Dalam majlis itu, Saringan Pertandingan Bintang Gagasan Tandek 2024 diadakan bagi PDM Tingkalanon.


Majlis Suai Kenal adalah antara kegiatan parti tersebut sepanjang tahun 2024 yang akan dilakukan di 19 Pusat Daerah Mengundi di N 7 Tandek.


Hadir dalam majlis itu ialah Jeson Majimal (Timbalan Ketua Bahagian), Singan Lingkubang (Naib Ketua Bahagian), Datin Justina Tuyundo (Setiausaha Bahagian), Hilaman Lantubon ( Ketua Pemuda), Norainah Selamat (Ketua Wanita), Siti Haqira Jondly (Ketua Beliawanis), Dato’ Zaman Bayang, Ketua PDM Tingkalanon dan pengerusi-pengerusi Biro parti tersebut.


Janathan
Janathan

Penyerahan sepanduk oleh Dato’ Zaman Bayang kepada Koyo Mindong, Ketua PDM Bombong I, penganjur majlis Suai Kenal dan Bintang Gagasan Rakyat Tandek 2024 akan datang
Penyerahan sepanduk oleh Dato’ Zaman Bayang kepada Koyo Mindong, Ketua PDM Bombong I, penganjur majlis Suai Kenal dan Bintang Gagasan Rakyat Tandek 2024 akan datang

Janathan bersama pasukan pelaksana Bintang Gagasan Rakyat Tandek
Janathan bersama pasukan pelaksana Bintang Gagasan Rakyat Tandek

 
 
 

Comments


Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page