HIDUP DULU SUSAH, SAKIT BARU DAPAT MILO
- The Voter Post

- Feb 16
- 1 min read
Sunsui, 16 Februari 2025: Potensi calon PRN17 N7 Tandek, Dato’ Dr. Janathan Kandok yang kini padat dengan pelbagai program mendekati rakyat berkesempatan menemui murid-murid SK Sunsui kira-kira 10 kilometer daripada Pekan Kota Marudu hari ini.
Berucap dalam majlis orentasi asrama 2025 sekolah berkenaan, Janathan yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek, menceritakan betapa susahnya hidup zaman dahulu berbanding dengan zaman sekarang.
“Ketika kamu hidup selesa di asrama sekarang ini, banyak makanan, saya dulu terkejut rasa kicap. Sangat sedap sampai hati berkata, adapula makanan begini sedap. Cuba susu manis lagi, itupun sedap juga,” kata Janathan.
Menurutnya, kehidupan dahulu sangat susah dan minuman yang hari ini mudah diperolehi bukan mudah merasainya.
“Hidup dulu susah, sakit baru dapat milo,” kata Janathan yang juga Pemenang Anugerah Sastera Perdana Malaysia kepada 40 murid Sekolah berkenaan.
Janathan yang juga merupakan ikon alumni University Malaysia berkata, murid hendaklah mematuhi peraturan asrama dan menghormati guru barulah berjaya dalam Pendidikan.
“Murid yang patuh peraturan adalah murid baik, akan disayangi guru dan lebih disayangi jika hormat guru. Murid begitu mudah berjaya dalam Pelajaran,” kata Janathan yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Seni Kreatif dengan fokus kajian pandangan dunia orang Kadazandusun.
Turut hadir dalam majlis orentasi tersebut Singan Lingkubang (Naib Ketua Bahagian PGRS Tandek), Jude Maxwell Mungkit (Ketua Penerangan Pemuda), Debora Dogilon (Ketua Pusat Daerah Mengundi Sunsui) dan Aslinah Binson (Ahli Jawatankuasa Bahagian PGRS Tandek) serta guru-guru SK Sunsui.










Comments