top of page

DO KOTA MARUDU LAUNGKAN MARUDU BEBAS SAMPAH

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Nov 18, 2024
  • 1 min read

Updated: Apr 1

Kota Marudu, 18 November 2024: Pegawai Daerah Kota Marudu melaungkan Marudu Bebas Sampah bersama-sama dengan anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli NGO dan ahli Syarikat swasta Kota Marudu.


ree

Meirin Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu yang memulakan tugas pada 1 April tahun ini mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Gotong Royong Perdana Daerah Kota Marudu hari ini.


Menurut Meirin, objektif utama Gotong Royong Perdana tersebut adalah untuk mengadakan aktiviti pembersihan secara besar-besaran melalui Gotong Royong serentak di lima zon utama Pekan Kota Marudu.


“Kita akan mengadakan gotong royong serentak di Pekan Bandau, Pekan Goshen, Pekan Lama, Pekan Langkon dan Pekan Tandek,” Kata Meirin yang juga merupakan Pegawai Daerah Wanita kedua di Kota Marudu.


Meirin berkata antara masalah yang dihadapi yang mendorong kepada penganjuran Program Gotong Royong Perdana Daerah Kota Marudu adalah banjir kilat dan imej Kota Marudu yang kurang bersih.


“Saya harap dengan adanya Gotong Royong Perdana ini masalah longkang tersumbat, banjir kilat dan imej Kota Marudu kurang bersih dapat diatasi,” kata Meirin yang juga pengerusi Penganjur Gotong Royong Perdana ini bersama dengan Pengerusi Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu.


Meirin juga mengharapkan gotong royong ini memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata tempat.


Antara yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut Datuk George Sangkin Mantan Ahli Parlimen Kota Marudu dan DM Herryneyear Jeson, Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Tandek.


Meirin Sugara
Meirin Sugara

ree


 
 
 

Comments


Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page