top of page

DATUK HARUN ISMAIL TETAMU KHAS RAYA TERBUKA PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Apr 21
  • 2 min read

Bian Republic, Kota Marudu, 20 April 2025: Datuk Harun Ismail, Ketua Eksekutif Sabah Oil and Gas Corporation (SOGC) tetamu khas Raya Terbuka Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) yang diadakan di Bian Republic 6 kilometer daripada Pekan Kota Marudu hari ini.


Dalam ucapannya, Harun yang juga Timbalan Ketua Bahagian PGRS Pitas membayangkan—seperti   yang disebut Dato’ Dr. Janathan Kandok, Penasihat PKM—sebuah  pelabuhan akan terwujud berikutan dengan Cadangan Kerajaan melakukan eksplorasi gas dan minyak di utara Sabah.


"Dengan adanya kegiatan yang melibatkan eksplorasi gas dan minyak kelak, akan memberi peluang kepada ribuan orang mendapatkan pekerjaan di utara Sabah,” katanya.


Terdahulu, Penasihat PKM, Dato' Dr. Janathan Kandok memaklumkan bahawa dalam tahun 2008, 22 resolusi bengkel kepimpinan Kimaragang ditetapkan yang antaranya pewujudan pelabuhan Kota Marudu, penubuhan Koperasi Kimaragang,  penaiktarafan Tandek sebagai daerah penuh dan sokongan kepada pemimpin Kimaragang untuk pemajuan kerjaya dalam sektor awam, swasta dan politik.


Menurut Janathan yang juga mantan Pengarah Kastam Sabah, dengan adanya Pelabuhan tersebut membolehkan kegiatan ekonomi Tandek meningkat kerana perniagaan boleh merentasi sempadan antarabangsa seperti yang berlaku di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan.


Awal bulan ini Harun dilantik Pegawai Perhubungan Pertubuhan Kimaragang Malaysia oleh pertubuhan tersebut.


Dalam majlis itu, Datin Siti Mariam Wong, isteri Harun menyampaikan angpau raya kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis tersebut.

Lebih lima ratus orang menghadiri raya terbuka itu dari segenap lapisan masyarakat, termasuk ahli politik.


Turut hadir Datuk Redona Bahanda, Ketua Wanita PGRS Negeri, Mantan Ahli Parlimen Bandau, Datuk George Sangkin,  Presiden PKM Datuk Abd Latiff Kandok, Jaipin Tuyundo,  Timbalan Presiden PKM Setiausaha Agung, Datin Justina Tuyundo,  Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Majawab Masantun, Ketua Bahagian PCS Tandek Zahir Baji dan Ketua Daerah, Elui Majangkin,  Ketua Kg. Damai Jaimah Gurod, Ketua Kampung Trangkapas Saide Saiba.


Manakala penjawat tinggi PGRS Tandek yang turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Tandek, Jeson Majimal, Bendahari Debora Dogilan, Ketua Penerangan Mazod Ondu, Naib Ketua Beliawanis Sakira Abd Gafar, Ketua Penerangan Beliawanis Halijah Haris, Naib Ketua Wanita Rita Hamdan, AJK Bahagian Dato’ Zaman Bayang, Magimbal Ibun,  Aslinah Binson, Syntiana Laura Juvil dan Koyo Mindong.


Harun (berdiri), George, Abd Latiff dan Dr. Janathan
Harun (berdiri), George, Abd Latiff dan Dr. Janathan

Datin Siti Mariam (Tengah), Datin Dayang Aishah (kiri) dan Halijah (kanan)
Datin Siti Mariam (Tengah), Datin Dayang Aishah (kiri) dan Halijah (kanan)

Dr. Janathan (berdiri)
Dr. Janathan (berdiri)

Dari kiri, Justina, Redona, Debora dan Sakira (kanan)
Dari kiri, Justina, Redona, Debora dan Sakira (kanan)

Harun (tengah) Janathan (kiri) dan Jeson (kanan)
Harun (tengah) Janathan (kiri) dan Jeson (kanan)







Comments


bottom of page