top of page

DATUK HARUN ISMAIL DILANTIK PEGAWAI PERHUBUNGAN PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Mar 16
  • 2 min read

Pitas, 16 Mac 2025: Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) melantik Datuk Harun Ismail, Pengarah Urusan Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) sebagai Pegawai Perhubungan bermula hari ini.


Mengumumkan perlantikan itu, Datuk Abdul Latiff Kandok, Presiden PKM berkata Harun adalah pemimpin Kimaragang yang paling tepat memainkan peranan berkenaan memandangkan kedudukannya yang tinggi dalam pembangunan ekonomi Sabah selain mempunyai jalinan rapat dengan pelbagai pihak.


Menurut Abdul Latiff, sebagai Pegawai Perhubungan PKM, Harun adalah diberi kuasa penuh untuk menubuhkan jawatankuasa dan menetapkan halatuju bagi kepentingan orang Kimaragang.


“Datuk Harun, diberi kuasa autonomi melaksanakan tanggungjawab. Tidak perlu dapat kelulusan, hanya perlu maklumkan Majlis Tertinggi saja,” kata Abdul Latiff yang juga mantan Pegawai Daerah.


Dato’ Dr. Janathan Kandok, Penasihat PKM, turut berucap dalam majlis ringkas penyerahan Watikah Perlantikan berkenaan berkata, walaupun pada pandangan umum Kimaragang hanyalah etnik tetapi pada hakikatnya Kimaragang adalah berstatus bangsa.


“Kimaragang bukan etnik. Kimaragang adalah bangsa sebab ada tempat tumpah darah. Kimaragang ada di Beluran, Tandek, Pitas dan lain-lain tempat berhampiran. Orang Kimaragang mengamal budaya yang sama,” kata Janathan.


Menurutnya, nasionalisme Kimaragang wajar disuburkan terutama dalam kalangan muda dari beluran hinggalah ke Pitas.


“Kita wajar tanam semangat nasionalisme Kimaragang untuk angkat pemimpin kimaragang laksanakan tanggungjawab memimpin pembangunan orang Kimaragang,” kata Janathan Kandok yang juga mantan Pengarah Kastam Sabah.


Harun (3 kanan) menerima watikah perlantikan daripada Latiff (2 kiri) dipertahikan Janathan (3 kiri), Justina (1 kiri), Mohd Fadzil (2 kanan) dan Aslinah (1 kanan)
Harun (3 kanan) menerima watikah perlantikan daripada Latiff (2 kiri) dipertahikan Janathan (3 kiri), Justina (1 kiri), Mohd Fadzil (2 kanan) dan Aslinah (1 kanan)

Dalam ucapan penerimaan jawatan tersebut, Harun yang juga Pengerusi Pelabuhan Sogip Sipitang berkata beliau gembira menerima jawatan tersebut untuk kepentingan orang Kimaragang.


Harun juga mengharapkan supaya pembangunan Pitas dan daerah berhampiran akan berlaku berikutan hasrat Kerajaan menerokai gas dan minyak di Utara Sabah melalui SOGDC yang diterajuinya.


Turut hadir dalam majlis tersebut, Mohd Fadzli Tuyundo (Timbalan Presiden), Datin Justina Tuyundo (Setiausaha Agung) dan Aslinah Binson ( Ahli Majlis Tertinggi).




Comentarios


bottom of page