COVID DAN POLITIK TIDAK STABIL CABARAN AWAL
- The Voter Post

- Sep 23, 2024
- 2 min read
PITAS, 23 SEPTEMBER, 2024: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata bahawa ketika mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Sabah, beliau menyedari Sabah tidak mempunyai halatuju. Hajiji yakin Sabah Maju Jaya yang terdapat dalam Jata Negeri Sabah adalah paling sesuai diangkat sebagai halatuju Kerajaan di bawah pimpinannya.
“Kita meneruskan Kerajaan yang baik ini dengan halatuju yang lengkap dapat kita perkenalkan dengan menggunakan slogan Sabah Maju Jaya,” katanya yang juga Presiden PGRS

Bagaimanapun, Hajiji mengakui bahawa pada awal pemerintahannya, beliau menghadapi cabaran yang berat, iaitu COVID 19 dan negara menghadapi masalah kestabilan politik. Menurutnya, COVID 19 dan politik negara yang tidak stabil telah menjejaskan ekonomi Negeri Sabah.

“Penularan Covid 19, kita tidak bebas bergerak. Semua premis kedai tutup, hotel kita tidak boleh menerima pelancong. Lebih mencabar lagi politik negara tidak stabil. Ini jadikan ekonomi kita turun dengan teruk sekali,” kata Hajiji yang juga Presiden GRS. Menurutnya, ketika Covid 19 menular di Negeri Sabah, ramai rakyat yang dijangkiti wabak itu dan ramai yang terkorban. “
Banyak kawan-kawan kita diserang Covid. Ada yang meninggal dunia. Lebih tiga ribu orang meninggal dunia. Saya sendiri mendapat Covid selepas satu minggu saya menjadi Ketua Menteri,” kata Hajiji. Katanya lagi, selepas beliau dibenarkan keluar daripada hospital, beliau berehat dirumah hampir dua bulan dan tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapapun disebabkan peraturan Covid 19.
Menurut Hajiji, masalah kesihatannya dan juga peraturan Covid 19 yang mengekang dirinya daripada memainkan peranan Ketua Kerajaan dengan lancar menjadikan Sabah seolah-olah tidak mempunyai Kerajaan.
Hajiji berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Tahunan Bahagian PGRS Pitas di Dewan Majlis Daerah Pitas.
Terdahulu, dalam ucapan aluan, Datuk (Dr.) Rudy Awah menyeru semua ahli PGRS supaya berkerja keras untuk memastikan kemenangan Calon GRS Dewan Undangan Negeri N.3 Pitas dalam plihanraya negeri ke 17 nanti.
Menurut Rudy yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan juga ADUN N.3 Pitas, PGRS Bahagian N.3 Pitas mempunyai 128 cawangan dengan jumlah keahlian melebihi lapan ribu orang.

Lebih seribu orang menghadiri majlis perasmian tersebut. Antara orang kenamaan yang turut hadir, Tuan Ben Chong, ADUN Tg, Kapor, Datuk Maijol Mahap, Ketua Bahagian PGRS N. 6 Bandau, Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian PGRS N. 7 Tandek, Tuan Barlus Mangabis, Ketua Bahagian PGRS N. 5 Matunggong, Tuan Muhamad Tasan, Ketua Bahagian PGRS N. 2 Bengkoka dan Ketua-Ketua Bahagian PGRS daripada pelbagai Dewan Undangan Negeri.







Comments