top of page

BAYANGAN MASA DEPAN HAJIJI

  • Writer: The Voter Post
    The Voter Post
  • Aug 27
  • 4 min read
Hajiji ketika bertugas di Kastam Tawau
Hajiji ketika bertugas di Kastam Tawau

DATUK seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dilahirkan pada 10 Mei 1955. Menurut budaya Cina, tarikh ini bertuah kerana 10+5+1955 jumlahnya 26. Campur lagi2+6, membawa kepada jumlah 8. Dalam bahasa Mandarin,  8 bunyinya "bā", mirip dengan kata "fā" yang membawa makna"kaya" atau "makmur". Persamaan fonetik ini menjadikan angka8 dikaitkan dengan kekayaan, kejayaan, dan keberuntungan. Tidak hairanlah orang Cina, sanggup membeli nombor 8 untukplate number kereta  walaupun harga mencecah ratusan riburinggit.

Semasa kecil, ayah dan ibunya—termasuk kebanyakan orang—memanggil  Hajiji, “Datu.” Tidak pasti mengapa ibu bapanyamemanggil begitu. Lebih menghairankan, Ayahnya jugamemberitahu rakan-rakan Cina di Tuaran: “Anak saya akanmenjadi pemimpin pada masa hadapan. kamu tunggu dan lihat.” Apabila Hajiji  dipilih sebagai Adun Sulaman, rakan-rakannyaberbangsa Cina memberitahu Hajiji: "Apa yang diramalkan oleh bapa kamu menjadi kenyataan."

 

Kata  orang tuah ayam terletak pada kakinya, tuah manusiasukar diketahui. Tetapi tuah Hajiji telah lama dijangka. Dua peristiwa aneh telah berlaku di depan matanya yang telahditafsirkan sebagai membawa tuah kepadanya.   Pertama, Belilikmelompat di paha kanannya. Kejadian ini berlaku  di rumahorang pandai  (Shaman) berasal dari Indonesia di Kg. Tingkayu, Kunak.

 

Ketika berbual-bual dengan orang pandai itu, sekor cicakberwarna keperangan-kuning, berkilat, bersisik dan berukuransekitar 4 inci tiba-tiba melompat ke paha kanan Hajiji. Terkejut, dia menepis cicak itu, terjatuh ke lantai, memandang Hajijidalam 10 atau 20 saat sebelum meninggalkan tempat itu. Orang Pandai itu menggesa supaya tidak mengganggu ataumenyakitinya dan membiarkan haiwan itu bebas.

 

Kira-kira sebulan atau dua bulan selepas kejadian itu, Orang Pandai itu menemui Hajiji di Pejabat Kastam Tawau di mana diabertugas sebagai Penguasa Kastam. Orang Pandai itumemberitahu bahawa dia  bermimpi guru rohaniahnya berkatabahawa suatu masa nanti Hajiji akan menjadi orang besar (orang penting). Kemudian, Orang pandai itu menyerahkan sebuah Al-Quran kecil  yang kulitnya dihias dengan mutiara.

 

Kedua, Belilik berkepala dua. Peristiwa kedua juga berlaku di depan mata Hajiji  di rumah lamanya di Kg. Serusup, Tuaran. Kali ini seekor Belilik berkepala dua muncul menampakkandirinya di depannya dengan agak lama. Mengetahui tentanghaiwan berkepala dua itu, ibu Hajiji sedih kerana anaknya tidakmenangkapnya.

 

Menurutnya, haiwan itu boleh digunakan untuk tujuanperubatan, di samping membawa tuah. Ibu Hajiji kecewa kerana Belilik berkepala dua adalah sangat jarang ditemui dan lebihmengecewakan lagi, Hajiji tidak mengambil kesempatanmenangkap haiwan itu  yang tidak melarikan diri dengan segera, pada hal jika orang lain, haiwan itu segera melarikan diri.

 

Sungguhpun Belilik berkepala dua itu tidak ditangkap Hajiji, seperti yang dikehendaki ibunya, namun tindakan Hajiji dan isterinya tidak menganggu haiwan itu dan membiarkanmelarikan diri adalah tindakan yang tepat. Tindakannya ituadalah bertepatan dengan nasihat orang pandai di Kg. Tingkauyang menggesa tidak mengganggu haiwan yang sama—Belilikyang terjatuh di paha kanan Hajiji dulu. Haiwan itu unik dan aneh, dan jikalah ditangkap, pastilah menjadi tontonan dan disalahgunakan—menurut   agama Islam—seperti  membeli 4D. Perbuatan ini menganggu kemuliaan Al-Quran pemberian Orang Pandai Kg. Tingkau itu.

 

Seperti Hajiji, saya juga tidak mempercayai ramalanberdasarkan peristiwa Belilik di Kg. Tingkau dan Kg. Serusup, namun  ketika tidak mempercayainya,  saya teringkat kata-kata guru saya, bahawa sesungguhnya tiada yang sia-sia tentangsesuatu. Maksudnya, segala peristiwa yang berlaku tidak berlalubegitu saja tanpa memberi kebaikan kepada manusia. Kebaikantersebut mungkin dalam bentuk pengajaran, kesedaran, keinsafan, motivasi atau inspirasi.

 

Banyak cerita tentang keburukan cicak. Keburukan cicak yang paling ketara di rumah ialah najis dan kotoran. Najis cicak yang berwarna hitam atau coklat dan putih sering dijumpai di dinding, siling, atau di atas perabot. Najis hitam putih ini mengotorkankawasan rumah. Kerja membersihkannya adalah memenatkanmemandangkan cicak bukannya sekali sahaja berak tetapiberkali-kali.

 

Cicak mencemari makanan dan barang-barang. Cicak bergeraksuka hati saja di mana-mana, termasuklah di kawasan dapur atautempat makanan terdedah. Mereka boleh berjalan di ataspinggan mangkuk atau makanan yang berisiko mencemarimakanan dengan kuman daripada badannya. Walaupun belumada cerita penyakit bawaan cicak tetapi geli juga makanmakanan yang dipijak-pijak cicak, apa lagi kalau berak di atasmakanan.

 

Bagi mereka yang perlukan ketenangan, bunyi yang mengganggu. Bunyi "cak...cak..." boleh mengganggu, terutamanya pada waktu malam atau ketika kita mahu berehat.Bunyi ini bukan sekali tetapi berulang kali. Tentulah amatmenganggu ketenangan.

 

Cicak menyebabkan kerusakan kecil. Cicak boleh menyebabkankerosakan kecil seperti mengotorkan langsir, dinding, atauperabot yang berwarna cerah. Ada juga kes yang cicak bolehmenyebabkan litar pintas jika mereka masuk ke dalam peralatanelektrik.

 

Cicak adalah sumber makanan untuk binatang lain. Walaupunini bukan keburukan secara langsung, kehadiran cicak di rumahboleh menarik pemangsa lain seperti ular. Justeru, cicakmengundang bahaya kepada keluarga. Jika ular masuk rumah, huru hara juga kita dibuatnya.

 

Walaupun begitu, keburukan-keburukan cicak yang saya sebutdi atas adalah kecil saja jika dibandingkan dengan sifat cicakyang boleh diteladani pemimpin  politik. Lupakan dulu sisi jahatcicak dan melihat sisi baiknya. Justeru, saya ingin mengajakpembaca mengambil iktibar daripada sifat-sifat baik reptilia iniyang dapat dikatkan dengan dengan ciri-ciri pemimpin yang baik.

 

Sifat Cicak yang sanggup memotong ekornya sendiri untukmengelakkan pemangsa adalah sifat yang baik untuk diteladani. Dalam politik, sifat ini adalah relevan dan sangat penting. Seorang pemimpin yang bijak tahu bila masa untukmengorbankan kepentingan peribadi demi menyelamatkansesuatu yang lebih besar, iaitu kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Tindakan berani seperti melepaskanjawatan atau menarik diri dari pertikaian demi kebaikan bersamamenunjukkan kematangan politik yang tinggi.

 

Cicak adalah haiwan yang fleksibil, dapat menyesuaikan diri. Sifat Cicak yang mampu hidup dan menyesuaikan diri denganpelbagai persekitaran, dari kawasan bandar hingga ke hutan dan mampu bergerak dengan  di dinding, siling dan lantai adalahsifat yang sesuai diteladani pemimpin politik. Dalam Politik, seorang pemimpin yang hebat adalah fleksibel dan mudahmenyesuaikan diri dengan cabaran politik yang sentiasaberubah. Mereka perlu bersedia dan sanggup mengubah strategi atau dasar demi kepentingan rakyat, bukan degil keras kepalaberpegang pada cara lama yang sudah tidak relevan lagi. Fleksibiliti ini penting untuk memastikan kerajaan sentiasarelevan dan responsif. Fleksibiliti ini boleh membuka ruangyang besar kepada penerimaan politik baharu di Sabah.

 

Cicak haiwan yang sabar dan berhati-hati, menunggu dengansabar sampai serangga datang, barulah melilitkan lidahnyakepada mangsa dengan pantas. Sifat ini patut diteladani.  Dalam Politik, pemimpin yang sabar tidak akan membuat keputusanterburu-buru. Mereka akan menunggu dan meneliti setiap isudengan teliti sebelum bertindak. Kesabaran ini membolehkanmereka mengelak daripada membuat kesilapan besar yang bolehmerugikan negara. Kewaspadaan juga penting untuk sentiasapeka terhadap keperluan rakyat.

 

Buku My Journey, karya Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ktua Menteri Sabah telah memuatkan cerita tentang cicak—atau belilik dalam Bahasa Bajausama—yang telahmemberikan gambaran tentang masa depan Hajiji yang baik. Cicak tidaklah semulia kucing—yang dimanjakan manusia—malahan cicak dianggap haiwan pengacau tetapi pada hematsaya seburuk-buruk makhluk Tuhan, ada juga baiknya. Terpulang kepada kita melihat sisi baiknya sebagai sumberpendidikan, inspirasi atau motivasi. Apakah Hajiji belajar daripada sisi baik reptilia kecil ini?


Credit: Utusan Borneo

 
 
 

Comments


Home_BG_1.png

SUBSCRIBE
TO OUR
NEWSLETTER

Newsletter_IMG.png
TVP Logo File 2000x-01.png

© 2021 The Voter Post

bottom of page